Nama dan tatatanda Coulomb

Unit ini dinamakan sempena Charles-Augustin de Coulomb, seorang ahli fizik Perancis. Sepertimana tatacara setiap unit SI yang diambil dari nama tokoh, huruf pertama simbol ini ditulis menggunakan huruf besar ("C"). Walau bagaimanapun, apabila suatu unit sebegini dieja penuhnya, nama unit ini sentiasa dimula dengan huruf kecil ("coulomb")—melainkan dalam situasi di mana sebarang perkataan perlu ditulis dalam huruf besar seperti dalam permulaan ayat atau nama tajuk. Misalnya, "darjah Celsius" mengikut peraturan ini kerana "d" di sini berhuruf kecil. [berdasarkan brosur The International System of Units, bahagian 5.2[2]]